Tuesday, 30 May 2017

TOWING: YAMAHA RXZ

SELASA / 20170509 / 10AM



Pukul 10 pagi tadi menuju ke Seksyen 13, Shah Alam (berhampiran Stadium Shah Alam, stadium keramat FA Selangor) untuk towing motorsikal Yamaha RXZ milik En Hafiz. RXZ ni memang motor lejen dan boleh kata barang panas juga walaupun dah lama. 
.
Siapa tak kenal dengan motor ni memang korang baru je hidup kot. Haha.
.

Pengeluaran motosikal Yamaha RXZ sekitar tahun 80an. Pernah jadi raja di jalan raya satu ketika dulu dan masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. 
.
Kiranya tahap legendary RXZ ni saing-saing Yamaha TZM ,Yamaha 110SS dan Yamaha 125z.
.
.

*KENAPA YAMAHA RXZ MASIH RAMAI PEMINAT?*
Yamaha RXZ (135cc) mula dikeluarkan pada tahun 1985, dengan menggunakan transmisi 5 kelajuan (5 speed) dan brek disk tidak berlubang. Selang beberapa tahun iaitu pada tahun 1989, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan (6 speed), bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.
.
.
Setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model Yamaha RXZ. Kelebihan pada RXZ 5 speed ni adalah top speed lebih sedap berbanding dengan RXZ 6 speed. 
.
.
Ini membuktikan yang model ni tak lapuk dek zaman sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model RXZ Catalyzer dengan penambahan Catalytic converter, lampu belakangnya juga menyerupai Yamaha 125z dan beberapa lagi perubahan yang lain. 
.
.
Tapi sekarang ramai yg convert dari model lama ke model 6 speed atau Catalyzer untuk lebih tampak moden, baru dan bergaya. 
.
.
Model RXZ yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, mengorbankan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). 
.
.
Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu. 
.
.
Selain dari RXZ, Yamaha mengeluarkan beberapa jenis model iaitu Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z, Yamaha LC135 dan banyak lagi. 
.
.
Yamaha RXZ adalah model yang paling banyak dikeluarkan oleh Yamaha diikuti model yang kedua terbanyak dihasilkan oleh Yamaha iaitu Yamaha 125z. 
-Info dari Google-
.
.
Jika Tuan memerlukan khidmat kami, Tuan boleh menghubungi no ini :-
.

Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631 Puan Siti : 011-2342 6364 Sekian. #tenaga mahir diperlukan #tenaga separa mahir diperlukan #kedai membaiki motosikal kota damansara #kedai membaiki motosikal kuala lumpur #kedai membaiki motosikal shah alam #kedai membaiki motosikal subang #kedai membaiki motosikal sungai buloh

No comments:

Post a Comment