Thursday, 16 February 2017

TIPS PENJAGAAN MOTOSIKAL



Pelik. Kenapa ada motosikal yang boleh tahan sehingga berbelas tahun malahan puluhan tahun pun ada. Tiada banyak masalah berat yang sering berlaku, overhaul pun tidak pernah.

Tapi, ada motosikal baru pakai 2-3 tahun dah macam-macam ragam sampai rasa nak tukar yang baru je. Rasa membazir je dah makan banyak sangat duit.

Semuanya terletak kepada cara penjagaan yang tip top. Tahukah anda ada beberapa bahagian yang harus diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan dan memastikan motosikal dan anda selamat sampai ke destinasi.
.

.

1) Tayar
Pastikan tekanan angin yang mencukupi mengikut bacaan yang tepat pada kedua-dua tayar anda. Pastikan juga tiada rekahan, jika terdapat rekahan, tayar haruslah ditukar dengan kadar segera terutama kepada penunggang yang selalu menggunakan motosikal pada jarak jauh atau suka menunggang laju.

2) Brek
Bahagian paling penting untuk keselamatan. Periksa tekanan brek depan dan belakang, malahan minyak brek serta brake pad. Servis sekurang-kurangnya 3-6 bulan bergantung kepada tahap penggunaan motosikal.

3) Minyak Enjin
Harus sentiasa diperiksa supaya mempunyai isipadu yang mencukupi. Ini penting untuk memastikan kelancaran dan ketahanan enjin yang lebih baik. Enjin tidak akan bermasalah sekiranya pertukaran minyak enjin dilakukan mengikut masa dan jarak kilometer yang bersesuaian. Pemilihan minyak enjin yang bagus dan berkualiti juga digalakkan untuk kelancaran yang berpanjangan.
4) Bateri
Jangka hayat bateri yang dijaga dengan baik adalah di antara satu hingga dua tahun sahaja. Pastikan anda ingat bila kali terakhir anda menukarkan bateri
5) Lampu
Pemeriksaan lampu depan, belakang dan signal serta lampu brek perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan. Ini amat penting terutama ketika menunggang di kawasan gelap, malam malahan ketika hujan.
6) Rantai Motor
Semburkan rantai motor anda dengan penyembur rantai anti-karat bagi mengelakkan kekaratan dan rantai kering. Rantai berkarat dan kering akan merosakkan sprocket dan boleh memutuskan rantai semasa dalam perjalanan anda. Rantai yang lama, keras, berkarat dan longgar diwajibkan ditukar bersama sprocket depan dan belakang serta pastikan tidak diikat terlalu ketat atau longgar.
Ok, cukup dulu setakat ini, kami akan kongsikan lebih banyak tips dan permasalahan lain yang berkaitan motosikal. Jika anda perlukan cadangan untuk tips yang akan datang, boleh terus berikan komen kepada kami.
Jadi pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan anda dan alert terhadap perubahan motosikal anda.
Jika anda memerlukan khidmat kami, anda buleh hubungi no H/P ini :-

Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631
Puan Siti : 011-2342 6364

Sekian.

#tenaga mahir diperlukan
#tenaga separa mahir diperlukan
#kedai membaiki motosikal kota damansara
#kedai membaiki motosikal kuala lumpur
#kedai membaiki motosikal shah alam
#kedai membaiki motosikal subang
#kedai membaiki motosikal sungai buloh

No comments:

Post a Comment