Friday, 17 February 2017

'OVERHAUL BUDGET'



Atas permintaan dan pertanyaan berkaitan 'overhaul budget', jadi kami berikan sedikit penerangan bagi kemudahan Tuan.

Kos anggaran 'overhaul' sangat bergantung kepada jenis kerosakan dan jenis barang yang perlu diganti. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui punca dan bukan semua kerosakan memerlukan 'overhaul', nasihat dari mekanik/'workshop' yang dipercayai sangat diperlukan bagi mengelakkan kes ditipu.

Jika punca sebenar tidak dapat dikenalpasti dengan tepat, kemungkinan untuk di'overhaul' berulangkali adalah tinggi. Antara punca yang Tuan sebagai pengguna perlu tahu:

1. Motor kuat makan minyak

2. Minyak hitam berkurangan dari biasa dan mengalami kebocoran

3. Minyak hitam menjadi pekat serta terdapat keputih-putihan

4. Terdapat bunyi ketukan dari enjin

5. Enjin 'overheat'

6. Motor susah hendak start dan kurang 'pick-up'


Oleh itu, terdapat 2 jenis 'overhaul':

a) Top 'Overhaul':
melibatkan 'timing chain', 'roller', 'gasket', 'cylinder head', 'piston', 'valve', 'rocker arm' dll

b) Full 'Overhaul':
melibatkan 'auto shoe', 'auto housing', 'clutch plate', 'one way bearing', 'engine block', 'piston', 'conrod' dll

Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak kami akan memberikan 2 jenis senarai harga mengikut kerosakan; 'original spare-parts' dan 'spare parts' gred A. Tuan boleh memilih mengikut bajet Tuan dan pastikan Tuan bersetuju dengan harga tersebut sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dimulakan.

Jadi, pastikan Tuan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap motor Tuan dan 'alert' terhadap perubahan motor.

Jika Tuan memerlukan khidmat kami, Tuan boleh menghubungi nombor ini :- Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631 Puan Siti : 011-2342 6364 Sekian. #tenaga mahir diperlukan #tenaga separa mahir diperlukan #kedai membaiki motosikal kota damansara #kedai membaiki motosikal kuala lumpur #kedai membaiki motosikal shah alam #kedai membaiki motosikal subang #kedai membaiki motosikal sungai buloh

1 comment: