Friday 17 February 2017

MASALAH PENGGUNA MODENAS KRISS (TAHUN 2000)



Masalah:
Enjin motosikal saya pernah dibaik pulih sepenuhnya (full overhaul), namun prestasinya semakin perlahan berbanding sebelumnya. Semasa gear empat, bunyi enjin kedengaran kuat, bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula pecutannya?

Penyelesaian:
Enjin seharusnya berupaya menghasilkan prestasi yang baik jika kerja baik pulih (overhaul) dijalankan mengikut spesifikasi tepat dan menggunakan alat ganti tulen. Setiap jentera mempunyai tahap kelegaan iaitu julat sukatan, misalnya penggunaan piston standard boleh digantikan dengan piston lebih besar seperti 0.10 dan 0.50, tetapi masih mampu menghasilkan prestasi enjin memuaskan. Sepatutnya ia menghasilkan kuasa lebih baik lagi cuma tahap penggunaan bahan api meningkat sedikit

Aspek penting ialah penggunaan alat ganti tulen kerana yang kurang berkualiti menyebabkan ketahanan enjin tidak menepati spesifikasi pengeluar motosikal

Pastikan kerja baik pulih dilakukan mekanik berpengalaman dan menggunakan alat ganti tulen, selain menepati spesifikasi kelegaan yang dikeluarkan pengeluar motosikal.

Semua skru perlu diketatkan mengikut tahap tekanan yang ditetapkan.

Ini menjawab soalan bilakah masanya enjin perlu dibaik pulih. Penggantian blok pula perlu dilakukan jika blok habis dipotong sehingga piston paling besar tidak dapat digunakan. Blok perlu diganti atau dibaik pulih dengan menggunakan sleeve.

Sebaiknya mengganti blok baru dan menggunakan piston standard semula namun kosnya tinggi. Jika blok enjin masih boleh dipotong atau "re-bore", gunakan saja blok asal kerana ia lebih menjimatkan

Potong blok ini dapat memulihkan prestasi enjin, tetapi jika dikaji sehalusnya enjin dengan konfigurasi asal atau standard ialah enjin yang masih belum dipotong blok mampu menghasilkan prestasi lebih baik. Kenyataan ini memang boleh dipertikaikan namun ia pandangan keseluruhan dengan mengambil kira kadar penggunaan bahan api. Mungkin ada yang merasakan enjin mereka lebih berprestasi selepas memotong blok dan ianya benar kerana enjin kini menggunakan piston lebih besar namun enjin standard lebih ringan operasinya serta mampu mencapai rpm memuaskan.

Klac yang haus atau rosak boleh menyebabkan enjin seperti mengaum dan tidak bertindak balas walaupun pendikit dipulas dan rpm enjin meningkat.

Ada kemungkinan masalah memasukkan gear berpunca dari mangkuk klac yang rosak dan menyebabkan ia tidak terlepas sepenuhnya apabila tuil klac ditarik. Ini menyebabkan penukaran gear menjadi sukar dan tidak tepat. Masalah ini mungkin berpunca dari kerosakan shaft penukar gear atau komponen kotak gear haus dan proses pembaikan memerlukan pembukaan kotak gear.

Rumah klac yang rosak perlu ditukar untuk mengelakkan dari terjadinya kerosakan lebih besar dan mungkin pecah serta menyebabkan enjin terhenti tunggangan. Ini boleh menyebabkan roda belakang terhenti dan berlaku pada kelajuan tinggi.

Jika Tuan memerlukan khidmat kami, Tuan boleh menghubungi no ini :-
Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631 Puan Siti : 011-2342 6364 Sekian. #tenaga mahir diperlukan #tenaga separa mahir diperlukan #kedai membaiki motosikal kota damansara #kedai membaiki motosikal kuala lumpur #kedai membaiki motosikal shah alam #kedai membaiki motosikal subang #kedai membaiki motosikal sungai buloh

1 comment:

  1. Assalmualaikum tuan kedai dmananya, mtr tk blh laju kethp 110 walaupun prnh trun enjin

    ReplyDelete