Ini merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakkan pelanggan yang datang ke kedai kami. Dan kebanyakkan pengguna motosikal pasti akan menghadapinya.
Jom kita tengok dulu punca masalah enjin motor yang menyebabkan susah sangat nak 'start':
1) Spark Plug Rosak
Bila spark plug rosak, motor tidak dapat menghasilkan pembakaran yang sempurna dan mencukupi untuk menghidupkan enjin motosikal.
P/S: Gantikan dengan yang baru bila Spark Plug anda sudah mulai berwarna hitam.
2) Bateri
Bateri sudah 'kong' ataupun air bateri sudah berkurangan. Kalo bateri 'kong', tiada pilihan lain melainkan menggantikannya dengan yang baru. Jika Air bateri sudah berkurang, boleh tambah semula dan cas sahaja.
3) Magnet Coil
Jika magnet coil rosak, bateri tidak dapat dicas dengan sempurna kerana ia berfungsi untuk memberikan cas elektrik kepada bateri.
4) Ignition Coil Plug
Menyebabkan api daripada magnet coil tidak sampai kepada plug.
5) Rectifier
Jika rectifier rosak, bateri tidak dapat dicas dan menjadi punca bateri menjadi lemah. Ia juga boleh menjadi punca kerosakan bateri kerana kebocoran arus yang berlaku.
6) Minyak Hitam
Sudah lama tidak ditukar dan hampir kering ataupun jumlah isipadu yang tidak mencukupi. Bagi pengguna yang sering menggunakan motosikal untuk jarak jauh, minyak hitam perlu diganti sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sebaliknya, penggunaan biasa, cukuplah sekadar 2-3 bulan sekali.
7) Tangki Minyak
Pastikan motosikal anda mempunyai minyak kerana minyak habis juga menjadi punca enjin tidak dapat dihidupkan. Atau tangki minyak anda tersumbat disebabkan kekotoran.
8) Wiring
Pastikan tiada wayar yang terputus atau terdapat 'short circuit'.
Masalah ini dapat diatasi melalui pemeriksaan yang rapi oleh mekanik yang mahir dengan motosikal. Jika anda masih kurang pasti dengan masalah motosikal, anda boleh melakukan pemeriksaan secara percuma di mana-mana workshop yang anda percayai. Dan pastikan anda mendapat maklumat yang betul sebelum anda melakukan penyelenggaraan terhadap motosikal anda, ini bagi mengelakkan anda ditipu.
Jadi pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan anda dan 'alert' terhadap perubahan motor.
Jika anda memerlukan khidmat kami, anda boleh hubungi no H/P ini :-
Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631
Puan Siti : 011-2342 6364
Sekian.
#tenaga mahir diperlukan
#tenaga separa mahir diperlukan
#kedai membaiki motosikal kota damansara
#kedai membaiki motosikal kuala lumpur
#kedai membaiki motosikal shah alam
#kedai membaiki motosikal subang
#kedai membaiki motosikal sungai buloh
#kedai membaiki motosikal kota damansara
#kedai membaiki motosikal kuala lumpur
#kedai membaiki motosikal shah alam
#kedai membaiki motosikal subang
#kedai membaiki motosikal sungai buloh
nak tanya kalau motor EX5 tidak start dalam 6 bulan adakah akan memberikan masalah selepas itu?
ReplyDelete