Masalah:
Penyelesaian:
1. Tayar rosak.
Kebanyakan dari kita sudah mengetahui tiub motosikal kita itu sudah bocor, tapi kita masih hendak bawa/redah juga, ini akan menyebabkan struktur tayar itu rosak. Jadi, jika struktur tayar itu rosak, tukar banyak kali pun, tiub itu tetap akan bocor. Jadi cara penyelesaiannya, pastikan anda tidak menunggang motosikal yang telah bocor (jimat sikit), jika hendak naik juga, terpaksa la anda tukar tiub baru sekali dengan tayar tersebut.
Kadang-kadang terdapat benda tajam yang tidak habis dibuang di dalam tayar itu seperti paku atau kaca. Jika kes seperti ini, tidak perlu tukar tayar pun tidak mengapa.
2. Kualiti tiub.
Kes macam ini memang banyak berlaku. Jika tiub jenis murah ini, banyak yang tidak berapa berkualiti kerana nipis dan tidak tahan tekanan. Ada juga jenis tiub yang sudah disimpan lama menyebabkan kawasan lipatan tiub itu mudah bocor. Bile tekanan angin dimasukkan ke dalam tiub, tiub ini akan mengembang mengikut kadar tekanan yang dipam. Jadi apabila tiub nipis ini mengalami tekanan yang tinggi, ia akan mudah bocor apabila kita guna motosikal tersebut di jalan raya sebab udara di dalam tiub itu akan mengembang disebabkan kepanasan. Jadi, pilihlah tiub yang agak berkualiti, tidak jauh berbeza pun harganya.

Satu lagi, kadang-kadang dalam kepala tiub itu tidak diikat dengan ketat menyebabkan angin senang untuk keluar. Yang ini juga kes tiub murah.
3. Masalah rim.
Jika anda nampak rim anda itu sudah berkarat, ini adalah antara punca motor anda mudah bocor. Sebab jika rim sudah berkarat, jejari rim itu akan tertembus ke getah rim dan menyebabkan tercucuk ke tiub. Kes macam ini juga boleh berlaku, jadi sila berhati-hati dengan rim berkarat. Kadang-kadang serpihan karat yang termasuk dalam tayar juga boleh menjadi punca kebocoran kepada tiub anda.
Lebih baik tukar kepada 'sport-rim' dan tayar 'tubeless'. Memang mahal sikit tetapi tahan untuk satu jangka masa yang panjang. Masih boleh berjimat juga.

Jika Tuan memerlukan khidmat kami, Tuan boleh menghubungi no ini :-
Tuan Omar 019-343 6956/012-371 9631
Puan Siti : 011-2342 6364
Sekian.
#tenaga mahir diperlukan
#tenaga separa mahir diperlukan
#kedai membaiki motosikal kota damansara
#kedai membaiki motosikal kuala lumpur
#kedai membaiki motosikal shah alam
#kedai membaiki motosikal subang
#kedai membaiki motosikal sungai buloh
No comments:
Post a Comment